KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Posted by zulkarnain Monday, December 7, 2009





KHALIFAH UMAR DAN DASAR PERLUASAN WILAYAH

Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil


Khalifah Umar b. Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah
Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Sirah Umar Al-Khattab:

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah
b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan
berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya
beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu
Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara
kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara,
berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu
masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Beliau
kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum
ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi
perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah
kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir
mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang
tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar “al-Faruq”
yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan
oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk
bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam
sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang
Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana
kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara
bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia
menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.
Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil
sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik
menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk
dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari
kalangan sahabat dan orang-orang ramai.

Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat
pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun.
Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah, bangsa Parsi yang beragama Majusi.
Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah.

KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

A. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

- Membentuk Majlis Syura


Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan
majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib,Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semuapekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga
bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan
hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua
manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

- Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang
baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan
perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin
luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar
meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang
dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk
membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawaipegawai
yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu
Sufian, Amru b. al-Ass, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

- Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan
terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam
adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan
digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah
Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas
tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara
jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya
dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

B. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada
rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah.
Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang
menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan
kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada
cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar
sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi
cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

C. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

- Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini.
Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka.
Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang
Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas
mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam.
Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar
negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat
dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

- Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang
baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orangorang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam
peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak
boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan
hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan
dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan
jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

- Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran
al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung
dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji
yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam
di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai
ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

D. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

- Memajukan sistem pertanian


Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana
terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil
dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah
membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan
bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu.
Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil
pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.



1 Comment

  1. Asniem CA Said,

    thanks for sharing!

    Posted on November 30, 2012 at 7:36 AM

     

Post a Comment

.:: AHLAN WASAHLAN ::.

My Photo
Terima kasih kerana melawat ke laman ini. Diharap ilmu ini dapat dikongsi bersama. Segala komen anda dialu-alukan.Jazakallahu khairan kathira. Untuk mendapatkan paparan yang lebih menarik, anda disaran menggunakan MOZILLA FIREFOX

.:: TAZKIRAH ::.

.:: MASA AMAT BEHARGA ::.

.:: ASMA' AL-HUSNA ::.

.:: AL-QURAN DIGITAL ::.

.:: RADIO ONLINE ::.

KOMENTAR