PENGENALAN

Jika kita lihat pada hari ini ramai yang tidak tahu tentang sejarah awal kemunculan islam dan perkembangan Negara-negara hasil jajahan dan penakluka Khalifah Islam dalam menyampaikan dakwah dan memperluaskan lagi agama Allah yang agung ini. Kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap sejarah Ketamadunan Islam. Ini bukan kerana mereka tidak pernah diajar di sekolah, malah ianya telah ada dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Kebarangkalian subjek yang diajar ini terlalu membosankan bagi pelajar dan mungkin kerana cara penyampaian yang disampaikan oleh guru itu sendiri tidak menarik dan masih menggunakan kaedah lama. Maka dengan itu amat perlu satu pendekatan dan perubahan terutamanya dalam sistem penyampaian terhadap pengajaran Sirah Islam ini supaya ianya dapat difahami dengan mendalam dan dapat menarik minat pelajar.

Dalam laman sejarah ini, saya akan memaparkan tajuk-tajuk atau sub topik mengenai sejaran Islam sejak awal pemerintahan Khulafa al-Rasyidin sehinggalah kepada Kerajaan Uthmaniyyah.

Tajuk-tajuknya perbincangan :

1. Pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.
2. Perluasan wilayah Islam Khalifah Umar al-Khattab r.a.
3. Khalifah Uthman al-Affan r.a dan peristiwa fitnah al-Qubra.
4. Isu perang jamal pada zaman Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a.
5. Kerajaan Banu Umayyah.
6. Pencapaian Tamadun Islam Karajaan Banu Abassiyah.
7. Kemunculan Kerajaan Islam di Andalus.
8. Pencapaian Tamadun Islam Era Kerajaan Nasriyyah di Granada.
9. Kerajaan Uthmaniyyah.

Diharap paparan ini dapat memberikan serba sedikit maklumat dan informasi yang berguna. Segala pandangan dan cadangan amat dihargai.

Sunday, December 20, 2009

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ KHALIFAH PERTAMA



PENDEKATAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ KETIKA MENGATASI ISU GERAKAN AL-RIDDAH


Khalifah Abu Bakar as-Shiddiq r.a

Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

Muhammad SAW wafat tanpa meninggalkan pesan siapa yang harus menggantikannya
sebagai pemimpin umat.. Beberapa kerabat Rasul berpendapat bahwa Ali bin Abu
Thalib - misan dan menantu yang dipelihara Muhammad SAW sejak kecil - yang paling
berhak. Namun sebagian kaum Anshar, warga asli Madinah, berkumpul di Balai
Pertemuan (Saqifa) Bani Saudah. Mereka hendak mengangkat Saad bin Ubadah
sebagai pemimpin umat.

Ketegangan terjadi, Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah datang untuk mengingatkan
mereka. Perdebatan terjadi, sampai dua tokoh Muhajirin dan Anshar - Abu Ubaidah dan
Basyir anak Saad - membaiat Abu Bakar. Umar menyusul membaiat. Demikian pula
yang lainnya. Pertikaian selesai. Selasa malam menjelang salat Isya - setelah
Muhammmad SAW dimakamkan - Abu Bakar naik ke mimbar di masjid Nabawi. Ia
mengucapkan pidato pertamanya sebagai khalifah. Pidato yang ringkas dan dan
berkesan di kalangan umat. Itu terjadi pada Juni 632, atau 11 Hijriah.

Abu Bakar adalah orang pertama di luar kerabat Rasul yang memeluk Islam. Ia dikenal
sebagai orang yang selalu membenarkan ucapan Muhammad SAW. Ketika orang-orang
menghujat Muhammad SAW karena mengatakan baru mengalami Isra' Mi'raj, Abu
Bakar menyatakan keyakinannya terhadap peristiwa itu. Ia menyiapkan perjalanan serta
menemani Muhammad Saw saat hijrah ke Madinah. Ia juga menikahkan putrinya,
Aisyah, dengan Rasul.

Namun tak bererti kepemimpinan Abu Bakar mulus. Wafatnya Muhammad SAW
menimbulkan pembelotan besar-besaran dari berbagai kabilah yang baru masuk Islam.
Mereka tidak lagi patuh pada pemerintahan di Madinah. Beberapa orang malah
menyatakan diri sebagai Nabi. Aswad Al-Insa di Yaman yang menyatakan diri sebagai
Nabi dan membolehkan orang tidak solat dan berzina, telah dibunuh oleh orang
dekatnya saat Rasulullah sakit. Sekarang ada Tulaihah dan Musailamah yang berbuat
serupa.

Di Madinah pun, Abu Bakar berselisih pendapat dengan Fatimah, putri Muhammad
SAW, mengenai cara pengelolaan wang negara. Keluarga Rasul - termasuk Ali bin Abu
Thalib - baru mengakui kepemimpinan Abu Bakar enam bulan kemudian, setelah
Fatimah wafat. Tugas pertama yang dilakukan Abu Bakar adalah melaksanakan amanat Rasul:
memberangkatkan pasukan Usamah bin Zaid ke arah Palestin dan Syam. Ia sendiri -
dalam usia 61 tahun - kemudian memimpin tentara menggempur Tulaiha. Operasi
militernya sukses. Setelah itu, Abu Bakar membentuk 11 regu untuk menaklukkan
kabilah-kabilah yang menolak membayar zakat. Yakni dari Tihama di Laut Merah,
Hadramaut di ujung Lautan Hindia, sampai ke Oman, Bahrain, Yamama hingga Kuwait
di Teluk Persia.

Pertempuran paling sengit terjadi melawan pasukan Musailamah yang memiliki 40 ribu
pasukan. Tentara dari Madinah sempat hancur. Berkat kecerdikan panglima Khalid bin
Walid, mereka memukul balik lawan. Seorang tentara Khalid, Al-Barra, berhasil
melompati benteng Al-Hadikat dan membuka pintu dari dari dalam. Musailamah tewas.
Pasukan Khalid kemudian bergerak ke Utara, menuju lembah Iraq yang saat itu dikuasai
kerajaan besar Persia. Pada 8 Hijriah, Raja Persia Kisra merobek-robek surat yang
dikirimkan Muhammad SAW. Rasul lalu menyebut Allah akan merobek-robek kerajaan
Persia pula. Saat itu tiba melalui tangan Khalid bin Walid yang hanya membawa sedikit
pasukan. Dalam perang di Allais tercatat 70 ribu orang tewas. Setelah itu Kerajaan Hira
pun ditaklukkan. Jadilah seluruh wilayah Iraq sekarang masuk dalam wilayah
kekhalifahan Abu Bakar.

Setelah itu, Khalifah Abu Bakar mengirim 24.000 pasukan ke arah Syria, di bawah
komando empat panglima perang. Mereka bersiap menghadapi 240.000 pasukan
Romawi - kekuatan terbesar di dunia pada masa itu - yang diperintah Heraklius. Abu
Bakar menetapkan Yarmuk sebagai pangkalan mereka. Ia juga memerintahkan Khalid
bin Walid - yang berada di wilayah Iraq - untuk pergi ke Yarmuk dan menjadi Panglima
Besar di situ. Sebanyak 9000 pasukan dibawanya.

Abu Bakar mencatat banyak kemenangan. Di jazirah Arab, ia telah berhasil menyatukan
kembali umat Islam yang pecah setelah Rasul wafat. Di masanya pula, Islam mula
menyebar ke luar jazirah Arab. Meskipun demikian, ia tetap dikenal sebagai seorang
yang sederhana. Ia hidup sebagaimana rakyat. Tetap pergi sendiri ke pasar untuk
berbelanja, serta tetap menjadi imam solat di masjid Nabawi.

Selama dua tahun tiga bulan memimpin umat, ia hanya mengeluarkan 8.000 dirham
wang negara untuk kepentingan keluarganya. Jumlah yang sangat sedikit untuk ukuran
waktu itu sekalipun. Ia juga memerintahkan pengumpulan catatan ayat-ayat Quran dari
para sekretaris Rasul. Catatan-catatan itu dikumpulkan di rumah Hafshah, putri Umar.
Abu Bakar meninggal dalam usia yang hampir sama dengan Rasul, 63 tahun.

Apa Itu Al-Riddah?


- Asal dari Bahasa Arab:- Radda, yaruddu, raddan wa riddatan.- Disebut sebanyak 58 kali dlm al-Qur’an.- Makna: tolak, jawab, tepis, nafi.
Istilah:* Keluar daripada agama Islam, atau meninggalkan kepercayaan Islam dengan melakukan sesuatu yang menafikan ‘keislaman’, sama ada secara zahir atau batin, baik secara positif atau negatif.

- Mempunyai unsur kembali kepada syirik (al-shirk) dan penyembahan berhala.- Riddah berlaku bukan semata-mata kerana hendak tinggalkan Islam.- Riddah lebih merupakan gerakan ‘reaksionir’ menentang kekuasaan Islam yang berpusat di Madinah.- Penentangan oleh sebahagian kecil suku Arab di Sem. Tanah Arab (STA).- Ini kerana mereka tidak pernah tunduk kepada satu kuasa pusat di Madinah.- Zaman Rasulullah: bukan semua STA tunduk pada kuasa Islam.1) Beberapa daerah menunjukkan ‘keresahan’ terhadap kuasa pusat Madinah:2) Yaman: pemberontakan al-Aswad al-‘Ansi.3) al-Yamamah: pemberontakan suku Hanifah (Musaylimah al-Kadhdhab).4) Berdekatan Madinah: Suku Asad (Tulayhah) & suku Ghatafan (‘Uyaynah).5) al-Bahrayn6) ‘Uman7) Sempadan Syria.

Muncul huru-hara di Semenanjung Tanah Arab oleh suku-suku Arab. Beberapa suku Arab berkumpul dekat dengan Madinah. Mereka hantar utusan kepada Abu Bakr untuk dikecualikan daripada membayar zakat, tapi masih mahu tunaikan solat. Bagi mereka, zakat itu penghinaan. Ada sahabat yang nasihat Abu Bakr agar tunaikan permintaan mereka. Abu Bakr tolak dengan tegas kerana ia menyalahi amalan Nabi. Madinah diancam dengan serangan suku-suku tersebut.
Di Yaman pula, huru-hara timbul bila Qays (Arab) telah usir Fayruz (Parsi) dengan bantuan al-Aswad. Qays terima sokongan suku Kindah (Hadramawt) dan al-Ash’ath.
Di al-Yamamah, kududukan Musaylimah al-Kadhdhab semakin kuat dan padu Dan mendapat sokongan suku Tamim dan peroleh sokongan dari Sajah (nabi wanita).
Di al-Bahrayn & ‘Uman, Muncul pergolakan dgn menghalau wakil-wakil Madinah kerana rasa tidak puas hati dan tidak senang dengan kehadiran mereka.

Tindakan Abu Bakar

Kuasa Islam Madinah tidak mempunyai standing army yang mantap. Satu tombokan tentera diketuai oleh Usamah b. Zayd dihantar ke sempadan Syria untuk kembalikan kestabilan.

* Tindakan Pertama - Abu Bakar menulis surat dan menghantar utusan supaya menentang penderhakaan yang meletus di daerah masing-masing. Bila Usamah pulang, AB mula ambil tindakan tegas.

* Tindakan Kedua - Abu Bakar menghantar tentera untuk menentang gerakan penderhakaan yang cuba menyaingi dan mengancam kedudukan kuasa pusat di Madinah. Dilakukan secara berperingkat, iaitu 11 pasukan ketenteraan memandangkan Madinah menghadapi masalah sumber tenaga manusia. 11 pasukan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang besar, iaitu:1) Pasukan Khalid b. al-Walid.2) Pasukan ‘Ikrimah b. Abi Jahl & Pasukan Shurahbil b. Hasanah.3) Pasukan al-Muhajir b. Umayyah.

1. Pasukan Khalid - Menentang Tulayhah dan ‘Uyaynah. Tulayhah: melarikan diri ke Syria dan kembali memeluk Islam. ‘Uyaynah: ditawan & dibebaskan oleh AB, tidak pernah terima Islam.

2. Pasukan ‘Ikrimah & Shurahbil - Kedua-dua pasukan ini kalah teruk ketika menentang Musaylimah dan suku Hanifah. Tentera Khalid memberi bantuan, orang Islam pun menang.Mengalami kerugian yang besar. Ramai Sahabat kanan Rasulullah gugur syahid. Musaylimah & sebahagian besar penyokongnya turut terbunuh. Kemenangan berlaku pada akhir tahun ke-11H atau awal ke-12H. Kesan daripada kematian jumlah yang begitu besar di kalangan para Sahabat (r.a.), Abu Bakr mengarahkan agar al-Qur’an di kumpulkan. Dan akhirnya Abu bakar berjaya mengatasi golongan al-Riddah ini.

3. Pasukan al-MuhajirDihantar ke Yaman.Tahun ke-12H, kemenangan dicapai tanpa banyak pertempuran. Turut dibantu oleh suku-suku Arab yang setia dengan Madinah. Qays ditawan, dihantar ke Madinah, lalu dibebaskan. Al-Ash’ath di Hadramawt, turut ditewaskan, ditawan, dihantar ke Madinah dan dibebaskan. Malah, beliau berkahwin dengan Umm Farwah, adik Abu Bakr sendiri.

Monday, December 7, 2009

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB





KHALIFAH UMAR DAN DASAR PERLUASAN WILAYAH

Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil


Khalifah Umar b. Al-Khattab ra merupakan khalifah Islam yang kedua selepas Khalifah
Abu Bakar ra. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Sirah Umar Al-Khattab:

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah
b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan
berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan dewasanya
beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang dagangan. Waktu
Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi pertelingkahan hebat antara
kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dalam kira bicara,
berterus terang menyatakan fikiran dan pandangannya dalam menghadapi satu-satu
masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan juga ahli gusti.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi. Beliau
kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan Islam. Sebelum
ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa menghalangi
perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk melakukan ibadah
kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu mengancang dan mengusir
mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari kalangan orang-orang Islam yang
tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam mengerjakan ibadat. Beliau digelar “al-Faruq”
yang bermaksud orang yang membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan
oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk
bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kalinya dalam
sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan orang-orang
Quraish. Nabi Muhammad SAW juga mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana
kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara
bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di tangannya sedia
menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.
Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba, beliau memanggil
sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi dilantik
menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar untuk
dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan dari
kalangan sahabat dan orang-orang ramai.

Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari, beliau pun wafat
pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun.
Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah, bangsa Parsi yang beragama Majusi.
Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di Madinah.

KEPIMPINAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

A. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

- Membentuk Majlis Syura


Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis
perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan
majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib,Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semuapekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga
bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan
hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam, Sehingga beliau menggangap semua
manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

- Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang
baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan
perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin
luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar
meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang
dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk
membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawaipegawai
yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu
Sufian, Amru b. al-Ass, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah. Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

- Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan
terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam
adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan
digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah
Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas
tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara
jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya
dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

B. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada
rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah.
Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang
menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan
kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk mengetahui samada
cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar
sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi
cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

C. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

- Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini.
Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka.
Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang
Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas
mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam.
Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar
negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat
dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

- Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang
baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orangorang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam
peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak
boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan
hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan
dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan
jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang sakit.

- Mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran
al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung
dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji
yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam
di seluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai
ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

D. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

- Memajukan sistem pertanian


Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana
terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil
dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah
membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan
bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu.
Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil
pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.



SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN : TOKOH KORPORAT YANG DERMAWAN



Latar Belakang :

- Nama    : ‘Uthman b. ‘Affan.
- Gelaran : Zu Nurain (yang mengahwini 2 orang puteri Rasulullah - Umi Kalthum dan          
                    Zainab)
- Suku      : Quraysh Makkah.
- Puak      : Bani Umayyah
- Datuk    : Abu al-‘As b. Umayyah, bangsawan Quraysh.
- Menerima Islam daripada Abu Bakr al-Siddiq (r.a.).
- Berhijrah dua kali ke Habashah dan juga ke Yathrib (Madinah).
dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi.
beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun ke 35 Hijrah.
beliau dibunuh oleh pemberontak.

Sifat-sifat peribadi:

(a)    beliau seorang yang taat kepada Allah SWT dan rasul;
(b)   seorang yang pemalu dan lemah lembut;
(c)    seorang yang zuhud dan dermawan.

Bukti sifat dermawan Saidina Uthman:

(a)    menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam           dalam Perang Tabuk.
(b)   memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat;
(c)    membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.

Faktor semangat jihad Saidina Uthman:

(a)    keimanan yang teguh terhadap Allah SWT.
(b)   beliau sangat sayang dan cintakan Islam;
(c)    mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah;
(d)   minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Sumbangan Saidina Uthman dalam bidang :

Politik:

(a)    menjadi utusan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah;
(b)   menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara.

Ekonomi:

(a)    menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam;
(b)   mempertingkatkan ekonomi rakyat.

Sosial:

(a)    memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan;
(b)   berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut.

Dakwah:

(a)    membuka kawasan-kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam;
(b)   mengumpul dan membukukan al-Quran yang melahirkan naskah al-Quran yang      
        dikenali sebagai  Mashaf Usmani.



KHALIFAH UTHMAN B. AFFAN, KHULAFA' AR-RASYIDIN KE TIGA DAN FITNAH AL-QUBRA

PERLANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH

Sebelum kewafatan ‘Umar (r.a.), beliau tidak menetapkan penggantinya. Beliau menyerahkan isu perlantikan Khalifah kepada Majlis Shura (MS). MS terdiri daripada 6orang Sahabat Kanan yang dijamin masuk syurga, iaitu:


1. ‘Uthman b. ‘Affan (r.a.)
2. ‘Ali b. Abi Talib (r.a.)
3. Talhah b. ‘Ubayd Allah (r.a.) ~ TU
4. al-Zubayr b. al-‘Awwam (r.a.) ~ ZA
5. ‘Abd al-Rahman b. ‘Awf (r.a.) ~ ARA
6. Sa’d b. Abi Waqqas (r.a.) ~ SAW
7. ‘Abd Allah b. Umar (r.a.)

Umar mencadang MS agar memilih seorang daripada mereka sebagai Khhalifah dan keputusan mesti mencapai dalam masa 3 hari selepas tarikh kewafatan beliau. Selepas kewafatan Umar r.a proses pemilihan Khalifah diketuai oleh Abd Rahman B. Auf. Maka pemilihan telah dibuat dan didapati Uthman dan Ali menerima undian majoriti. Uthman b. Affan lebih bersedia berbanding dengan Ali B. Abi Talib untuk menyambung polisi pemerintahan sebelum ini. Seterusnya Uthman B. Affan dilantik sebagai Khalifah yang ke-3 pada Zulhijjah (23H) dan perlantikan beliau turut menerima persetujuan Ali r.a.


FITNAH TERHADAP UTHMAN R.A


1. Uthman mengabaikan hudud.

Isu ini tercetus setelah ‘Ubayd Allah membunuh tiga orang yang terlibat dengan pembunuhan ‘Umar; lelaki Nasrani, Jufaynah & Harmuzan. ‘Uthman jatuhkan qisas terhadap ‘Ubayd Allah tapi waris memaafkan si pembunuh tersebut. Malah turut dilaksanakan peruntukan membayar diyat. Sumber dari al-Tabari dan Ibn al-‘Arabi.

2. Uthman tidak menyertai Perang Uhud, Badr dan Bay’at al-Ridwan.


Kata Ibn ‘Umar (riwayat al-Bukhari):
“Adapun ia telah lari pada hari perang Uhud, Allah telah maaf dan ampunkannya, adapun ia hilang pada hari perang Badr, kerana ia sedang menjaga puteri Nabi (isternya), iaitu Ruqayyah. Ketiadaan beliau dalam Bay’t al-Ridwan kerana beliau telah bertolak ke Makkah lebih awal”.


3. Uthman bersikap cuai hingga cincin Nabi hilang.

- Cincin cop mohor Nabi yang diwarisi semenjak Abu Bakar dan ‘Umar.
- Cincin ini hilang ketika ‘Uthman turut serta dalam proses menggali perigi sebagai sember        
air Madinah.
- Cincing hilang dengan sahaja tidak menunjukkan beliau cuai.
- Jika cuai, Nabi tidak akan serah dua anaknya menjadi isteri ‘Uthman.




TUGASAN

1) Nyatakan latarbelakang Saidina Uthman al-Affan secara ringkas.

2) Senaraikan 3 sifat peribadi beliau.

3) Terangkan 3 bukti yang menunjukkan sifat dermawan beliau.

4) Berdasarkan pelajaran di atas, bagaimanakah sifat peribadi Saidina    
     Uthman dapat diaplikasikan oleh usahawan masa kini?


Sunday, December 6, 2009

KHALIFAH ALI B. ABI TALIB DAN ISU PERANG JAMAL

LATAR BELAKANG PERANG JAMAL

Perang ini juga dikenali sebagai Perang Basrah. Ia berlaku setelah 25 tahun kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w.).Tarikh: 10 Jamadil Akhir 36H sama dengan 4 Disember 656M.Perang antara pihak Ali (r.a.) dengan ‘A’ishah (r.a.).Melibatkan sebahagian besar Sahabat Kanan (r.a.) seperti al-Zubayr.Puak Saba’iyyun menjadi dalang.Antara punca perang meletus:- Isu pembunuhan Khalifah ‘Uthman.- Masalah membay‘ah Ali.- Polisi Ali yang agak tegas.
Asalnya berlaku perang Jamal ini ketika mana pasukan Ali sedang bersiap sedia untuk memerangi puak Mu’awiyah di Sham. Tetapi ‘A’ishah dan pasukannya sudah berada di Makkah dan mula menuju ke Basrah untuk menuntut bela atas kematian ‘Uthman. Ini memandangkan Ali sendiri tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap pembunuh ‘Uthman. Malah puak pemberontak (pembunuh) sudah masuk dalam pasukan Ali dan Ali dituduh sebagai tali-barut yang merancang pembunuhan ‘Uthman. Persiapan perang perlu dibuat kerana jumlah pemberontak di luar Madinah tidak kecil. ‘A’ishah sendiri terlibat untuk memberi penerangan berkenaan keperluan menuntut kematian ‘Uthman. Ramai penduduk Makkah sokong tindakan Aishah.

Keluarga Umayyah menyediakan segala kelengkapan. Sebanyak 600 ekor unta digunakan dalam ekspedisi ini dan ini yang dikenali sebagai tentera Jamal. Pada awal Jamadil Akhir 36H: 3,000 orang menuju ke Basrah dari Makkah. Tentera Ali yang besar bergerak untuk menghalang tentera Jamal. Tentera Jamal tiba awal di Basrah dan terus berkempen. Tentera Ali terus ke Kufah; beliau hantar ‘Uthman b. Hunayf untuk berunding. Utusan tersebut disebat dan janggutnya dicukur. Pada Jamadil Akhir 36H: Perang meletus (Khamis) antara tentera Ali dan ‘A’ishah di al-Khuraybah.

Peperang berlanjutan selama 6 hari tanpa tanda akan berhenti. Ali masih mengharapkan perang ini tamat dan beliau menghantar Abu Musa al-Ash‘ari & ‘Abd Allah b. al-‘Abbas untuk berunding. Tetapi tentera Jamal tidak berminat. Perang tamat pada hari ketujuh bila kaki unta ‘A’ishah kena panah. ‘A’ishah diselamatkan oleh Muhammad b. Abi Bakr (saudaranya/orang kuat Ali). Tentera Jamal telah jatuh semangat dan meletakkan senjata. Akhirnya tentera Khalifah Ali menang. Tapi beliau sedih kerana ramai tokoh Sahabat terkorban. Beliau ambil masa 3 hari untuk kebumikan semua yang terkorban. Harta yang dikumpul tidak boleh dibahagikan kerana ia bukan ghanimah. Ramai yang bersedih kerana orang tersayang telah terkorban. ‘A’ishah sendiri berwasiat agar jenazahnya tidak dikebumikan di sebelah Baginda Nabi (s.a.w.). Kita doakan agar semua yang terkorban dimasukkan di kalangan ahli syurga, Amin.


ANALISA PARA SEJARAWAN YANG TIDAK TEPAT TENTANG PERANG JAMAL

Dendam lama ‘A’ishah terhadap Ali merujuk kepada peristiwa Ifk.Rasa tidak puas hati rakyat terhadap pelantikan Ali sebagai Khalifah.Hubungan Fatimah-‘A’ishah tidak baik.Dendam ‘A’ishah terhadap Ali kerana tidak memberi bay’ah kepada Abu Bakar di SBS.‘Aishah mahu anak saudaranya, ‘Abd Allah b. al-Zubayr menjadi Khalifah.

KERAJAAN BANU UMAYYAH



KERAJAAN BANU UMAYYAH


* Mu’awiyah b. Abi Sufyan menggantikan Hasan b. Ali (r.a.) sebagai Khalifah.
* Tahun itu dikenali sebagai ‘am al-jama’ah.
* Mu’awiyah menukarkan sistem syura kepada sistem monarki.
* Tindakan ini menjejaskan kewibawaan beliau di mata masyarakat.
* Tindakan ini juga menimbulkan fitnah yang mengenepikan kebaikan beliau.

Pencapaian Tamadun Era Umawi

Politik dan Pentadbiran
- Berjaya perluaskan wilayah Islam.
- Berjaya satukan kuasa pemerintahan.
- Berjaya adakan proses jihad.
- Melibatkan ramai Sahabat besar.
- Wilayah Islam terbahagi kepada 5:

1) Iraq (spt. Parsi, Kabul, Sind)
2) Hijaz (spt. Yaman & Sem. Tanah Arab)
3) Jazirah (spt. Armenia & Azerbaijan)
4) Mesir (semua bahagian utara & selatan)
5) Ifriqiyyah (spt. Afrika, Andalus dan Sicily)







Perkembangan Pendidikan

1) Proses pendidikan berkembang di masjid. Guru disediakan oleh KBU.
2) Kelas tusyen turut masyhur, dikenali sebagai kuttab. Asalnya, tiada sebarang bayaran dikenakan.
3) Ilmu sains dan falsafah diberi perhatian yang amat mendalam.
4) Khalifah ‘Umar b. ‘Abd al-‘Aziz: Pindahkan kolej perubatan dari Iskandariyyah ke Harran.

Perkembangan Seni Bina

1) Masjid kebesaran Islam diperbesar.
2) Ziyad b. Abihi (r.a.) antara arkitek awal zaman Umawi.
3) Pelbagai istana hebat dan masjid indah dibina.
4) Masjid Umar (Qubbat al-Sakhra’), Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Umawi.
5) Kerajaan habiskan ribuan dinar untuk membina masjid dan bangunan lain.



Angkatan Laut

1) Tujuan penubuhan: mengimbangi kuasa Empayar Rom.
2) 28H/648M: Mu’awiyah telah ketuai ekspedisi angkatan laut menawan Cyprus.
3) Syria, Jordan & Mesir: menjadi pusat aktiviti maritim.
4) Industri perkapalan diperhebat.
5) Guna tenaga Parsi; bina gudang.

Perkembangan Kewangan

1) Sebelum Islam, orang Arab tiada mata wang khusus.
2) Mu’awiyah menempa mata wang emas dan perak yang baru, tapi kurang berkualiti.
3)‘Abd al-Malik: lebih berkualiti, ditambah dengan 2% emas, diselaraskan lambang pada duit dgn logo: Qul huwa Allah Ahad.

KESAN SEJARAH ERA UMAWI







KERAJAAN BANU ABBASIYYAH


PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM KERAJAAN BANU ABBASIYYAH



Perkataan ‘Abbasiyyah dinisbahkan kepada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib (bapa saudara Rasulullah sblh ayah). Namun beliau tidak termasuk di kalangan golongan awal yang menerima Islam. Beliau menjadi pakar rujuk dalam soal agama dan ‘ulum al-Qur’an. Tempoh pemerintahan 132-656H @ 750-1258M, hampir lima abad; 37 orang khalifah. Kerajaan ini ditubuhkan menerusi Revolusi ‘Abbasiyyah. Kerajaan ini dibahagikan kepada dua oleh sejarawan Muslim:

1) ‘Abbasiyyah Pertama
- Bermula daripada Khalifah pertama, al-Saffah hingga Khalifah ke-9, al-Wathiq

2) ‘Abbasiyyah Kedua

i. Bermula daripada Khalifah ke-10, al-Mutawakkil hingga kejatuhan Baghdad di tangan tentera Monggol (656H/1258M)
ii. Pengaruh Turki
iii. Golongan Buwayh
iv. Golongan Saljuq

PENCAPAIAN TAMADUN

Pembinaan bandar-bandar yang maju seperti Kota Baghdad ( al-Mansur). ini kerana kedudukannya yang strategik dan diapit oleh dua sungai iaitu Sungai Tigris dan sungai Euphrates. Sementara itu datarannya yang cantik, subur dan cuaca yang sederhana.
Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk pengurusan pembinaan, pelan induk, arkitek & pekerja binaan. Nama lain bagi kota ini ialah madinat al-salam, madinat al-mansur dan the round city.

Begitu juga dengan Kota al-Rusafah ( al-Mansur . Kota ini dihadiahkan kepada anaknya al-Mahdi. Kota ini terletak bertentangan dengan kota Baghdad. Ianya dipenuhi dengan tentera al-Mahdi. Antara lambang keagungan kota ini ialah seperti Masjid Rusafah, Qasr al-Mahdi, Madyan al-Mahdi, Bustan al-Hafs, dan makan orang kenamaan. Dan pada akhirnya kota ini bercantum dengan kota baghdad.


PENCAPAIAN TAMADUN

Kota Samarra' ( al-Mu'tasim )

Kota Samarra' merupakan kota yang terbesar pada zaman Abbasiyyah. Ia mempunyai pentadbiran yang baru. banyak bangunan-bangunan bari dibina seperti masjid, istana, bangunan kerajaan, penempatan tentera, premis perniagaan & penempatan awam. Seni bina agung yang terdapat pada zaman ini seperti Qasr al-Jawsaq al-Khaqani dan masjid jamik Samarra'. Majoriti penduduknya ialah orang Turki.




Selain itu beberapa jabatan ditubuhkan seperti :
-Institusi al-wizarah
-wazir al-wuzara’
-wizarat al-tafwid: menentukan polisi
-wizarat al-tanfidh: bidang eksekutif
-Jabatan al-Hajib
-Penubuhan al-Dawawin
-Diwan al-Jund
-Diwan al-Kharaj

Selain itu juga Pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan berkembang dengan cemerlang (agama & sains). Penubuhan IPT seperti al-Azhar, al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah. Pada zaman ini juga terdapat beberapa orang tokoh terulung seperti Malik b. Anas, al-Tabari, Yaqut al-Hamawi, Imam Abu Hanifah & al-Shafi‘i.


GAMBAR-GAMBAR KESAN PENINGGALAN KERAJAAN ABBASIYYAH













KEMUNCULAN KERAJAAN ISLAM DI ANDALUS



KEMASUKAN ISLAM DI ANDALUS

Ia berlaku pada zaman Khalifah al-Walid b. ‘Abd al-Malik (zaman Umawi). Zaman kemuncak perluasan wilayah Islam. Gabenor Afrika Utara ketika itu ialah Musa b. Nusayr.Hampir semua Afrika Utara berada di bawah naungan Islam. Pada tahun 91H/710M, Musa telah mendapat persetujuan Khalifah al-Walid untuk meluaskan wilayah ke Andalus.

Musa melantik Tarif b. Malik untuk memimpin tentera. Pada 92H/711M, ekspedisi untuk menguasai Andalus bermula; diketuai oleh Tariq b. Ziyad dengan kira-kira 7,000 tentera. Tentera Islam mendarat di pantai Semenanjung Iberia, Jabal Tariq. Pada mulanya, Musa mendapat sokongan Julian yang tidak sukakan Roderick. Pertapakan tentera Islam di Gibraltar berjaya mengalahkan tentera Roderick. Kemenangan ini berjaya membuka wilayah: Cordova, Malaga, Elvira, Toledo (ibu negara Kerajaan Goth). Kemenangan Tariq membuka peluang kepada Musa untuk memimpin tenteranya sendiri menuju ke Andalus. Musa melalui jalan-jalan yang tidak dilalui oleh tentera Tariq. Beliau berjaya membuka kota: Seville dan Merida (Madrid). Mereka berdua (Musa & Tariq) bertemu di Toledo, dan meneruskan perjuangan hingga ke Saragossa dan Barcelona.





PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUS


Era Gabenor 712-756M

Para gabenor ini memberi wala’ (ketaatan dan kepatuhan) kepada kerajaan Banu Umayyah di Dimashq. Mereka ini dikenali sebagai wali (gabenor); dalam bahasa Arab era ini dikenali sebagai ‘asr al-wulat. Seramai 20 orang gabenor memerintah pada era ini, mulai 712-756M.

Era Imarah 756-929M

Era ini bermula apabila Kerajaan Banu Umayyah dijatuhkan oleh Kerajaan ‘Abbasiyyah.
Cucu Khalifah Hisham b. ‘Abd al-Malik bernama ‘Abd al-Rahman b. Mu’awiyah melarikan diri ke Afrika Utara bersama hambanya, Badr. Kebetulan puak Yaman dan Mudar sedang bergaduh. Pihak gabenor di Andalus mendapat sokongan Arab Mudar. Manakala, ‘Abd al-Rahman pula mendapat sokongan Arab Yaman. 138H/756M, ‘Abd al-Rahman mendarat di Almunecar; menerima bay‘ah dari penduduk dan pembesar Cordova, khususnya golongan Arab Yaman. Seramai 8 orang amir memerintah pada era ini (756-929M). Amir ke-8, ‘Abd al-Rahman III al-Nasir li Din Allah, isytihar jadi Khalifah.

Era Khilafah 929-1031M

Zaman ini bermula bila ‘Abd al-Rahman III (amir ke-8) isytihar dirinya sebagai Khalifah pada tahun 929M. Ia berakhir pada tahun 1031M dengan kejatuhan Kerajaan Banu Umayyah yang mengalami masalah dalaman dan ancaman kuasa Kristian di utara.
Seramai 12 orang berkhidmat sebagai Khalifah dalam tempoh pemerintahan kerajaan ini.
Zaman keagungan era ini ialah pada masa pemerintahan:
1) ‘Abd al-Rahman b. Muhammad (Khalifah al-Nasir li Din Allah)
2) Al-Hakam b. ‘Abd al-Rahman (Khalifah al-Mustansir bi Allah)

Turut dibantu oleh al-hajib (Perdana Menteri), pada masa era Khalifah Hisham b. al-Hakam.

Muluk al-Tawa’if

Zaman kegemilangan mula lemah pada akhir pemerintahan Khalifah Hisham. Kelemahan ini berpunca daripada perpecahan di kalangan keluarga dan pembesar istana. Ini menyebabkan muncul keluarga yang memerintah wilayah masing2 secara sendiri ~ muluk al-tawa’if. Zaman ini bermula pada tahun 1031M. Politik pada zaman ini amat kacau
dan ianya Terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Barbar, Saqalibah & lain-lain (Arab, Sepanyol) yang Memerintah pada tahun 1031-1085M. Mereka melancarkan dasar agresif yang mengorbankan kepentingan jiran. Keadaan ini memberi kesempatan kepada orang Kristian untuk mengukuhkan kedudukan mereka.

Kerajaan al-Murabitun

Mereka berketurunan Barbar dari Afrika Utara (suku Sanhajah). Dibawa masuk ke Andalus oleh pemerintah Banu Abbad di Seville. Pemerintah pertama bernama Yusuf bin Tashfin. Mereka memerintah pada tahun 1086-1142 dan Diperintah oleh 4 orang amir.

Kerajaan al-Muwahhidun

Mereka juga berketurunan Barbar dari Afrika Utara (suku Masmudah). Muncul semangat keislaman yang kuat, sebelum ini semangat kearaban. Berasal daripada kalimah tawhid, pengesaan terhadap Allah (s.w.t.). kerajaan ini Memerintah dari 1130-1223M dan Diperintah oleh 13 orang pemerintah.

GAMBAR-GAMBAR KESAN PENINGGALAN KERAJAAN ANDALUS









KERAJAAN NASRIYYAH




KERAJAAN NASRIYYAH (1238-1492) DI GRANADA

Kerajaan Nasriyyah, juga dikenali sebagai kerajaan Banu Nasr atau Banu al-Ahmar, ialah kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun 1238 hingga 1492M (635-897H). Pada zaman pemerintahan kerajaan ini,Andalus telah mencapai era kemuncak kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra (al-Hamra’) di puncak Banjaran Sierra Nevada (Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain (Chejne 1974: 360). Kerajaan ini, yang dikenali sebagai Nasrid Dynasty atau the Kingdom of Granada dalam bahasa Inggeris, muncul ketika kekuasaan Islam di Sepanyol sedang mengalami keruntuhan. Kerajaan demi kerajaan dan kota demi kota jatuh ke tangan pihak Kristian yang melancarkan gerakan menawan semula kawasan kekuasaan Islam. Di samping itu, kerajaan Nasriyyah juga telah melalui perit getir dalam membangunkan sebuah peradaban insani, di samping menentukan jatidiri bangsanya sendiri. Kegemilangan tamadun Islam ketika ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti pengurusan politik dan pentadbiran, perkembangan intelektualisme dan pendidikan, penguasaan bahasa dan
kesusasteraan Arab, kerancakan aktiviti ekonomi dan perdagangan, perancangan urbanisasi dan pertanian serta pegangan agama dan budaya tempatan yang utuh. Meskipun demikian, kerajaan Nasriyyah telah berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya sendiri dalam keadaan yang begitu meruncing di persekitarannya. Pemerintah Kristian (Castile, Aragon, Navarre, Leon dan Portugal) sentiasa menyerang kerajaan ini dan fenomena tersebut telah memberi impak negatif terhadap pentadbiran dan pemerintahan Islam di Granada. Mereka acapkali menyerang – menerusi usaha La Reconquista – kawasan-kawasan pemerintahan Islam dengan matlamat menghapuskan Islam dan mengambil semula tanah jajahan yang sebelum ini diduduki Islam. Usaha ini disokong padu pemimpin tertinggi Kristian, Pope di Rome, dengan melancarkan the Crusades (Perang Salib) ke atas dunia Islam. Dengan kepintaran dan kemahiran para pemimpin kerajaan Nasriyyah menggunakan helah politik dan kebijaksanaan mereka berinteraksi dengan pihak Kristian di sekeliling, kerajaan ini mampu bertahan selama hampir dua setengah abad dalam memperjuangkan kedaulatan agama Islam di Eropah.



LATAR BELAKANG GEOGRAFI GRANADA

Kerajaan Nasriyyah berpusat di Granada atau Gharnatah dalam bahasa Arab yang terletak di tenggara Semenanjung Iberia. Granada turut dikenali dengan Ighranatah atau Aghranatah (Ibn al-Khatib 1973, 1: 91; Ibn al-Khatib 1347H: 12). Perkataan Granada dipercayai berasal daripada perkataan Latin, iaitu granata yang membawa maksud buah delima. Ini memandangkan Granada dipenuhi dengan kebun delima yang digambarkan sebagai sebuah pohon berbuah lebat dan amat cantik. Pandangan yang menyatakan kecantikan kota Granada ini disokong oleh kebanyakan ahli geografi Arab seperti al-Hamawi (1997: 383) yang menggambarkannya sebagai sebuah daerah yang cantik, disaliri oleh sungai-sungai yang bercabang-cabang.

Meskipun demikian, seorang orientalis Sepanyol bernama Francisco Simonet (CInan 1966: 22), berpandangan bahawa Granada dirujuk kepada era pemerintahan kaum Goth berasal daripada gabungan dua perkataan, iaitu ghar dan natah. Ghar merujuk kepada sebuah kampung lama dalam wilayah Élvira pada zaman pemerintahan Rom. Manakala natah pula, ialah ungkapan yang ditambah oleh orang Arab kepada kampung tersebut. Apabila digabungkan, terhasillah perkataan Gharnatah. Perselisihan para sejarawan dalam menamakan sesuatu bandar adalah disebabkan oleh perbezaan dalam sebab-sebab penamaan dan juga kepelbagaian andaian dalam penamaan tersebut (al-Nuqrat t.th.: 56).

Pada peringkat awal ketibaan Islam di Andalus, Granada hanyalah sebuah bandar kecil dalam wilayah Élvira dan kemudian berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang memainkan peranan utama dalam pergolakan umat Islam di Andalus (al-Qalqashandi 1915, 5: 216). Daripada sebuah bandar, Granada kemudian menjadi nama bagi wilayah menggantikan nama Élvira. Kota Granada terletak di kawasan tercantik di tenggara Semenanjung Iberia. Di sebelah timur, ia mengadap Lautan Mediterranean dan di sebelah selatan pula, ia menjalar hingga ke pinggiran Gibraltar. Manakala di sebelah barat ia memanjang hingga ke Sierra Morena. Kawasan pergunungan di Granada tidak rata dan dipenuhi bukit-bukau yang curam serta berada pada aras yang tinggi dari Sungai Guadalquivir. Antara bandar yang terletak berhampiran sungai ini ialah Jaén, Baeza dan Úbeda. Bandarbandar ini kekal menjadi medan pertelingkahan dan perebutan kuasa di antara pihak Islam dan Kristian (Farhat 1981: 11-12). Antara bandar yang terletak di bawah pemerintahan kerajaan Nasriyyah ialah Loja, Priego, Guádix, Juliana, Almunécar, Baza, Málaga dan Ronda (al-Maqqari 1988, 1: 148-149 & 165; Ibn al-Khatib 1347H: 18-19).




Keindahan Granada, sebagaimana yang digambarkan oleh Ibn al-Khatib(1347H: 12 & 14; 1973, 1: 96) amat menakjubkan. Granada lebih dikenali sebagai sebuah kawasan subur yang dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Sebanyak 36 anak sungai telah mengairi Granada melalui Banjaran Sierra Nevada. Antara sungai yang terkenal ialah Sungai Genil (Nahr Shanil) yang menjadi sumber inspirasi para penyair dan sasterawan Andalus. Selain Sungai Genil, terdapat juga Sungai Eldarro (Nahr Hiddaruh) yang mengalir dari sebelah timur Andalus (al-Nuqrat t.th.: 57; CInan 1966: 23). Malah, penjelasan yang sama dibuat oleh Navagiero (Dickie 1992a: 105) dengan kenyataannya: Outside the city, in the Vega, there are large orchards and plantations irrigated with the water of canals led off the two rivers referred to [the Darro and the Genil], which also operate many flour mills; so that everywhere Granada abounds in water from rivers or from springs.

PENUBUHAN KERAJAAN NASRIYYAH DI GRANADA

Pada ketika umat Islam mengalami kekalahan di Cordova ini, Ibn Hud berhadapan
dengan kuasa Ibn al-Ahmar di Arjona. Kemunculan penguasaan Ibn al-Ahmar
ini sebenarnya tidak bermula di Granada, tetapi di Arjona pada 26 Ramadan
629H/18 April 1232M. Pekan terpencil ini terletak di barat laut daerah Jaén dan
selatan daerah Andújar (Harvey 1990: 20) dan merupakan kubu pertahanan bagi
kota Cordova di sebelah timur (al-Hajji 1983: 517). Di pekan inilah, Muhammad b.
Yusuf b. Nasr al-Khazraji, atau lebih dikenali sebagai Ibn al-Ahmar, berjaya menjadi
pemimpin di kampung halamannya sendiri. Dari sinilah, beliau berjaya meluaskan
kuasanya ke kawasan-kawasan selatan Andalus seperti kota-kota Jaén, Guádix
dan Baeza kerana ia berdekatan dengan Arjona dan berjauhan daripada serangan
pihak musuh Kristian (Latham 1993, 7: 1021).

Pada peringkat awal, Ibn al-Ahmar merasakan perlu untuk mendapatkan
perlindungan dan naungan daripada pemerintahan yang lebih kuat, tidak kira
kuasa Islam ataupun pihak musuh Kristian. Sesetengah riwayat melaporkan
bahawa Ibn al-Ahmar telah mencontohi tindakan Ibn Hud dengan mengaku
tunduk dan memohon pengiktirafan Khalifah CAbbasiyyah di Baghdad terhadap
pemerintahannya di Andalus. Kesan daripada tindakan tersebut, Ibn al-Ahmar
telah berjaya memperluaskan pemerintahannya dengan menduduki wilayahwilayah
Carmona, Cordova dan Seville pada tahun 629H/1231M dan ini
membolehkan beliau menerima kesetiaan dan ketaatan penduduk wilayah-wilayah
tersebut; itu pun hanya dalam tempoh yang singkat sahaja. Ini kerana Cordova
dan Seville telah beralih arah untuk menyokong dan memberi ketaatan kepada
Ibn Hud. Pada ketika inilah berlaku satu pemberontakan di Seville di bawah pimpinan al-Qadi Abu Marwan al-Bajji. Kesempatan ini telah digunakan oleh Ibn
al-Ahmar dengan sebaik mungkin dengan bergabung tenaga bersama-sama al-
Bajji menentang kuasa Ibn Hud. Mereka berdua telah berjaya menewaskan Ibn
Hud dalam beberapa pertempuran. Kelicikan Ibn al-Ahmar dalam berpolitik amat
jelas apabila beliau berjaya memperdayakan al-Bajji dengan helah politiknya
supaya al-Bajji dipinggirkan dan dirancang pembunuhannya secara rahsia. Tidak
lama kemudian, iaitu pada tahun 629H/1232M, Ibn al-Ahmar berjaya memperoleh
ketaatan daripada penduduk Jerez, Málaga dan kawasan berdekatan. Pada ketika
ini, kepimpinan dan urusan pentadbiran kota Seville dan kota-kota di bahagian
barat Andalus dipegang oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan terdapat di
kalangan mereka ini yang segera menunduk patuh dan mendapatkan perlindungan
Ibn al-Ahmar. Situasi ini membenarkan Ibn al-Ahmar membentuk kuasa
ketenteraan yang kuat lagi hebat yang terdiri daripada gerombolan tentera berkuda
dan tentera berjalan kaki (Ibn al-Khatib 1347H: 31).

Suatu perkara yang menarik ialah dalam sesetengah peristiwa, Ibn al-Ahmar
telah mengambil pendekatan untuk berbaik-baik dengan Ibn Hud, malah beliau
telah menyatakan ketaatan dan kesetiaan kepadanya. Hal yang berlaku pada
tahun 631H/1234M ini disebabkan Ibn al-Ahmar beranggapan bahawa kuasa
Ibn Hud mula bertambah dan tampak hebat dengan kuasa pemerintahannya
yang melangkaui hingga ke bahagian barat dan selatan Andalus. Malangnya
pada tahun 1238M, Ibn Hud meninggal dunia dan kuasa pemerintahan kerajaan
yang diwarisinya mula lemah dan berkurangan. Kesempatan ini digunakan Ibn
al-Ahmar dengan sebaik mungkin untuk membina kekuasaannya sendiri di bumi
Andalus. Pada ketika inilah, penduduk Granada bangun memberontak di bawah
pimpinan Ibn Khalid menentang kepemimpinan Gabenor Ibn Hud yang bernama
cUtbah b. Yahya al-Mughili. Penentangan dilakukan kerana dasar pentadbiran
dan polisi pemerintahan cUtbah al-Mughili yang amat membebankan dan
peribadinya yang kurang disenangi dan bersifat amat zalim. Mereka berjaya
menawan istana cUtbah al-Mughili dan membunuhnya. Setelah pemberontakan
tersebut berjaya, mereka telah memberi ketaatan dan kesetiaan kepada Ibn al-
Ahmar dan menjemputnya datang ke Granada. Ibn al-Ahmar segera menyahut
jemputan tersebut dan tiba di Granada ketika gelincir matahari pada akhir Ramadan
635H/April 1238M. Pada tarikh ini juga, bermulalah penglibatan secara langsung
Ibn al-Ahmar dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan di Granada. Tidak
lama selepas kejayaan menguasai kota Granada, Ibn al-Ahmar berjaya pula
menawan kota Alméria dengan menewaskan serangan ketenteraan Gabenor Ibn
Hud, iaitu Ibn al-Ramimi melalui kepungan selama beberapa ketika. Ini
menyebabkan Ibn al-Ramimi lari ke Tunisia melalui jalan laut untuk mendapatkan
perlindungan pemerintah di sana (cInan 1966: 39-40; Ibn al-Khatib 1347H: 35).

Satu perkara yang mendukacitakan ialah orak-arik yang berlaku di Andalus
pada abad ke-13 dan ke-14M telah menyebabkan kuasa pemerintahan Islam mula
berkurangan dan penguasaan semula kuasa Kristian yang berleluasa. Ketenatan
perpaduan umat Islam menjadi faktor penting kepada kemunculan kuasa-kuasa kecil Islam dan suasana sebegini dipenuhi pula dengan semangat perpecahan
semata-mata untuk memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang tamakkan kuasa.
Hal ini berlaku terutamanya di Murcia dan bahagian timur Andalus. Pada tahun
640H/1243M, Murcia telah diserahkan kepada Ferdinand III of Castile. Beliau
telah mewakilkan anaknya, Alfonso X, untuk memeterai beberapa perjanjian
dengan Gabenor Murcia, Muhammad b. cAli b. Hud, serta wakil-wakil pemimpin
kota Alicante, Cartagena dan Oriuela agar memberi persetujuan untuk mengiktiraf
penguasaan kuasa Kristian Castile ke atas wilayah-wilayah tersebut, di samping
menjelaskan pembayaran ufti. Inilah realiti yang berlaku di Andalus; umat Islam
menghadapi pelbagai tekanan khususnya yang dilakukan oleh kuasa Kristian
dengan menggadaikan tanah air sendiri semata-mata menjamin kelangsungan
kuasa yang terbatas di bumi Eropah.

Dari pandangan pihak Kristian, terutamanya Ferdinand III of Castile, gerakan
Ibn al-Ahmar perlu diberi perhatian dan dihentikan dengan segera. Ini kerana
setelah kematian Ibn Hud, Ibn al-Ahmar ialah satu-satunya pemimpin Islam
Andalus yang masih berkuasa dan sentiasa menentang kuasa-kuasa Kristian
menyebabkan usaha serangan oleh pihak Castile telah diperhebatkan. Ferdinand
III telah bertindak dengan menyerang dan menghancurkan kubu-kubu
pertahanan kota Jaén. Tindakan Ferdinand ini menyebabkan Ibn al-Ahmar telah
ke Martos yang telah dikuasai oleh pihak Kristian Castile dengan bala tenteranya
yang besar dan melakukan kepungan ke atas bandar tersebut. Pihak Kristian
tidak mengaku kalah dan tetap mara memberi bantuan kepada pihak Martos lalu
menyebabkan Ibn al-Ahmar terpaksa meningkatkan kepungan di Martos.
Akhirnya, berlakulah satu pertempuran yang hebat dan kemenangan berada di
pihak Ibn al-Ahmar. Kekalahan pihak Kristian ini tidak mematahkan semangat
mereka. Ferdinand III telah menghantar anaknya, Alfonso X untuk menyerang
semula wilayah Jaén dan berjaya menawan kubu Arjona dan kawasan sekitarnya
serta mengepung kota Granada pada tahun 642H/1244M. Pada tahun berikutnya,
mereka menyerang Jaén dan berjaya menawannya. Kekuatan tentera Kristian
dalam menguasai kota Jaén dan daerah selatan Andalus ini amat merungsingkan
Ibn al-Ahmar, apatah lagi mereka berjaya mengepung kota Granada. Ini
menyebabkan beliau dengan segera mengambil langkah berbaik-baik dan
berdamai dengan Raja Ferdinand III. Ibn al-Ahmar bersetuju untuk memberi
ketaatan dan kesetiaan kepada pemerintahan Castile (cInan 1966: 41-42). Ibn al-
Ahmar telah menjadikan Granada sebagai an enduring political entity dan a
tributory kingdom (Latham 1993, 7: 1021).

Hal ini dimeteraikan dalam Perjanjian Jaén pada tahun 1246M antara keduadua
belah pihak yang melibatkan persetujuan Ibn al-Ahmar untuk memberi
bantuan ketenteraan apabila pihak Castile memerlukannya, dan pembayaran ufti
sebanyak 150,000 maravedis setiap tahun kepada Ferdinand III. Malah Ibn al-
Ahmar juga telah memberikan ‘taatsetia’nya kepada Ferdinand III (Chejne 1974:
90-91; CInan 1966: 42-43). Ibn al-Ahmar telah bersetuju menyerahkan Jaén, Arjona,
Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera sebagai cagaran kepada pihak Castile. Dengan penyerahan kawasan-kawasan ini sebagai cagaran pada tahun 643H/
1245M, Ferdinand III telah bersetuju untuk berdamai dengan Ibn al-Ahmar selama
20 tahun. Meskipun tempoh ini dipertikaikan, Harvey (1990: 25) menegaskan
bahawa pemerintah Nasriyyah sememangnya memerlukan tempoh tersebut untuk
memulihkan keadaan. Dalam tempoh ini, era pemerintahan Ibn al-Ahmar berada
dalam keadaan aman damai dan tenteram (cInan 1966: 42-43). Burns (1973: 288)
bertanggapan bahawa keseluruhan tindak-tanduk Ibn al-Ahmar dalam
menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal daerah Granada ialah
suatu perkara yang wajar diimplimentasikan oleh seorang ahli politik yang licik
lagi pintar. Ini dilakukan semata-mata untuk menjamin survival pemerintahan
kerajaan Nasriyyah berkekalan di Andalus.



KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN


Kegemilangan kerajaan Nasriyyah tidak kekal lama apabila kerajaan ini mula
merosot setelah kematian Sultan Muhammad V pada 16 Januari 1391M (Harvey
1990: 219). Pengganti-penggantinya terdiri daripada sultan-sultan yang lemah
dan gagal menyamai tahap kepimpinannya yang berjaya menggabungkan
diplomasi politik dan penggunaan kuasa ketenteraan pada masa yang diperlukan.
Meskipun demikian, Makki (1992: 81-82) menjelaskan bahawa secara umumnya,
suasana politik di Granada pada ketika ini masih stabil dan tidak banyak berubah
hingga membolehkannya bertahan hampir setengah abad selepas itu (793-820H/
1391-1417M). Dalam tempoh tersebut, kerajaan Nasriyyah berada di bawah
pemerintahan tiga orang sultan, iaitu Yusuf II (1391-1392M), Muhammad VII
(1392-1408M) dan Yusuf III (1408-1417M). Pada masa yang sama juga kedudukan
pemerintahan kerajaan Kristian Castile berada dalam keadaan lemah dan berbalah
sesama mereka sendiri dalam perebutan takhta, sama ada di kalangan para
pengganti raja atau pihak pemberontak golongan aristokrat.

Bagaimanapun, setelah kekuatan kerajaan Kristian Castile mula pulih, mereka
mula bertindak untuk menyerang dan menawan kubu kuat kerajaan Nasriyyah,
iaitu Antequera pada tahun 813H/1410M. Ini diikuti pula dengan kemenangan
tentera Kristian Castile dalam peperangan La Higueruela. Perjalanan sejarah
kerajaan Nasriyyah dalam period berikutnya, iaitu bermula pada 820H/1417M
hingga 897H/1492M, dipenuhi dengan ‘kekusutan’ dan bersifat kompleks lagi
rumit. Kebanyakan sejarawan kontemporari seperti Latham (1993), Harvey (1990),
Makki (1992), cInan (1966) dan Watt (1967) telah mengklasifikasikan tempoh ini
sebagai saat perpecahan dalaman kerajaan Nasriyyah yang menyebabkan sistem
pemerintahannya merosot, malah jatuh ke tangan Kristian Katholik pada tahun
1492M. Menjelang pertengahan abad ke-15M, kerajaan Castile yang dipimpin
oleh Henry IV (1454-1474M), anak John II, mula mengatur serangan hebat ke
atas kerajaan Nasriyyah antara tahun 1455 hingga 1457M. Sedangkan pada waktu
tersebut, kerajaan Nasriyyah menghadapi masalah dalaman yang serius kerana
perebutan takhta pemerintahan di kalangan kerabat Banu Nasr sendiri, iaitu
antara Abu Nasr Sacd (1454-1464M) dan Muhammad XI el Chiquito (1451-1452,
1453-1454M). Pada ketika ini (1450-an), kerajaan Nasriyyah mempunyai dua
orang pemerintah. Muhammad XI mengusai kawasan Granada, Málaga dan
Alméria termasuk kota Alhambra. Manakala SaCd menguasai kawasan Archidona
hingga ke Ronda di samping memperoleh sokongan kuat daripada Banu Sarraj
dan pihak kerajaan Castile. Pada tahun 1455M, konflik ini berakhir apabila
Muhammad XI tidak disukai oleh para bangsawan dan penduduk Granada hingga
menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri dari kota tersebut. Akan tetapi beliau
telah terperangkap dalam satu serangan mengejut oleh anak Sacd, Abu al-Hasan
cAli (1464-1482M), lalu dihukum bunuh. Peluang ini digunakan dengan sebaiknya
oleh Sacd dengan menguasai Granada seluruhnya (Harvey 1990: 261-265). Akibat
daripada pertelingkahan ini, Gibraltar yang merupakan pengkalan terakhir
perhubungan Granada dengan kerajaan Islam di Afrika Utara telah ditakluki
kerajaan Kristian Castile pada tahun 866H/1462M (Hills 1974: 95).

Kekuatan Banu Marin di Maghrib, Banu cAbd al-Wad di Tilimsan dan
kerajaan Banu Hafs di Tunisia mula lemah bersama-sama kejatuhan Granada,
menyebabkan kerajaan Nasriyyah terpaksa bersendirian dalam menghadapi
kemaraan tentera Kristian yang lebih besar (Makki 1992: 82). Pada ketika ini juga,
kerajaan Kristian Castile yang baru kematian raja mereka, iaitu Henry IV (1454-
1474M) telah digantikan oleh saudara perempuannya, Isabella (1474-1504M). Di
Aragon pula, dengan kematian John II (1458-1479M), takhta dimiliki oleh anaknya,
Ferdinand V (1479-1516) yang juga suami kepada Isabella of Castile. Dengan
demikian, kedua-dua kerajaan ini telah berjaya disatukan dan menamatkan
permusuhan selama beberapa abad antara kedua-dua kerajaan tersebut. Di bawah
pemerintahan Isabella dan Ferdinand yang mendapat gelaran Catholic Monarchs,
serangan ke atas kerajaan Nasriyyah di Granada semakin diperhebatkan
(Latham 1993, 7: 1026). Setelah melalui peperangan demi peperangan, akhirnya
pada 29 Safar 897H bersamaan 1 Januari 1492M, Granada telah diserahkan kepada
pihak Kristian Castile oleh sultan terakhir kerajaan Nasriyyah, Sultan Abu cAbd
Allah Muhammad XII (1482, 1486-1492M) yang lebih dikenali di Barat sebagai
Boabdil. Kejatuhan Granada membawa makna berakhirnya kerajaan Islam di
Sepanyol buat selama-lamanya setelah bertapak hampir lapan kurun di Eropah.
Bagi kerajaan Kristian, khususnya Castile, kejatuhan ini merupakan kejayaan
mutlak mereka yang diidam-idamkan, demi melengkapkan kempen Reconquista
yang dilancarkan beberapa abad sebelum ini.






KERAJAAN UTHMANIYYAH



PENUBUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

Kerajaan ini muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M. Ianya muncul selepas dunia Islam diserang Tentera Monggol pada awal abad ke 13M. Uthmaniyyah berasal daripada nama pengasasnya iaitu Osman Bin Ertughrul. Beliau merupakan ketua orang turki ( Kayi ). Ibu Negeri kerajaan Uthmaniyyah ini terletak di Bursa, Edirne dan Istanbul. Ianya Bertahan selama 6 abad (600 tahun) merangkumi Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika Utara, Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean. Mereka mempunyai perkaitan dengan orang Turki (puak Saljuq). Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad ke-14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang bebas. Antara imarah tersebut ialah Germiyan (timur), Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman. 1324M, Orhan b. Osman berjaya menakluki Bursa, ibu negeri Byzantium di Anatolia. Ini menyebabkan imarah ‘Uthmaniyyah menerima sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi sebuah negara.

PERLUASAN KUASA KERAJAAN UTHMANIYYAH

Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium. Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai pengkalan untuk meluaskan kekuasaan ‘Uthmani di Balkan. Pada tahun 1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri pada zaman Murat b. Orhan. Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain seperti Macedonia (1371-1387M), Bulgaria (1382M), Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M). Bayazid b. Murat berjaya berhadapan dengan pemberontalan dalaman dan luaran. Beliau berjaya kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai Danube (1396M). Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang (Timurlane) pada tahun 1402M - Pertempuran Ankara. Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Kristian Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri. Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi bersaing antara satu sama lain; Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa. Mehmet yang berjaya. Mehmet menyatukan semula Kerajaan ‘Uthmaniyyah di bawah satu pemerintahannya pada tahun 1413M. Kemudian Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II.


Muncul perebutan kuasa dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devsirme & Yeniceri. Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II (Muhammad al-Fatih). Pada 29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet II, dinamakan Istanbul. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir Manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme mula meningkat. Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul. Mereka diberi galakan dan kemudahan. Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa diberi jaminan.

ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH

Zaman ini merangkumi era pemerintahan:
1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II.
2. Sultan Selim I b. Bayazid II.
3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I
Namun Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan). Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej. Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu. Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri. Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini. Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri. Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.

ZAMAN KEMEROSOTAN UTHMANIYYAH

Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni, kerajaan pusat mula mengalami kelemahan. Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai peringkat sosial masyarakat ‘Uthmaniyyah. Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak berpuas hati dengan apa yang dialami. Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan pada abad ke-17M seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu. Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.

LAMAN WEB BERKAITAN KERAJAAN UTHMANIYYAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN

http://www.theottomans.org
http://www.naqshbandi.org/ottomans/
http://www.friesian.com/turkia.htm
http://www.metmuseum.org/toah/splash.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_Empire
http://almashriq.hiof.no/turkey/900/950/956/sultans/thumbnails.html
http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam/empires/ottoman/
http://www.geocities.com/traditionalislam/kemorosotanKerajaanUthmaniyyah.htm

Saturday, December 5, 2009

.:: AHLAN WASAHLAN ::.

My Photo
Terima kasih kerana melawat ke laman ini. Diharap ilmu ini dapat dikongsi bersama. Segala komen anda dialu-alukan.Jazakallahu khairan kathira. Untuk mendapatkan paparan yang lebih menarik, anda disaran menggunakan MOZILLA FIREFOX

.:: TAZKIRAH ::.

.:: MASA AMAT BEHARGA ::.

.:: ASMA' AL-HUSNA ::.

.:: AL-QURAN DIGITAL ::.

.:: RADIO ONLINE ::.

KOMENTAR