PENUBUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
Kerajaan ini muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M. Ianya muncul selepas dunia Islam diserang Tentera Monggol pada awal abad ke 13M. Uthmaniyyah berasal daripada nama pengasasnya iaitu Osman Bin Ertughrul. Beliau merupakan ketua orang turki ( Kayi ). Ibu Negeri kerajaan Uthmaniyyah ini terletak di Bursa, Edirne dan Istanbul. Ianya Bertahan selama 6 abad (600 tahun) merangkumi Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika Utara, Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean. Mereka mempunyai perkaitan dengan orang Turki (puak Saljuq). Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad ke-14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang bebas. Antara imarah tersebut ialah Germiyan (timur), Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman. 1324M, Orhan b. Osman berjaya menakluki Bursa, ibu negeri Byzantium di Anatolia. Ini menyebabkan imarah ‘Uthmaniyyah menerima sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi sebuah negara.
PERLUASAN KUASA KERAJAAN UTHMANIYYAH
Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang Byzantium. Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai pengkalan untuk meluaskan kekuasaan ‘Uthmani di Balkan. Pada tahun 1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri pada zaman Murat b. Orhan. Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain seperti Macedonia (1371-1387M), Bulgaria (1382M), Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M). Bayazid b. Murat berjaya berhadapan dengan pemberontalan dalaman dan luaran. Beliau berjaya kalahkan pakatan Kristian Hungary di Sungai Danube (1396M). Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang (Timurlane) pada tahun 1402M - Pertempuran Ankara. Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Kristian Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri. Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi bersaing antara satu sama lain; Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa. Mehmet yang berjaya. Mehmet menyatukan semula Kerajaan ‘Uthmaniyyah di bawah satu pemerintahannya pada tahun 1413M. Kemudian Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II.
Muncul perebutan kuasa dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devsirme & Yeniceri. Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II (Muhammad al-Fatih). Pada 29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet II, dinamakan Istanbul. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir Manakala pengaruh dan kuasa golongan devsirme mula meningkat. Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul. Mereka diberi galakan dan kemudahan. Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa diberi jaminan.
ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH
Zaman ini merangkumi era pemerintahan:
1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II.
2. Sultan Selim I b. Bayazid II.
3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I
Namun Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar Hubsburg di Vienna (Austria).Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan). Aktiviti kesenian dan keilmuan berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej. Meskipun zaman Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan sudah bercambah pada ketika itu. Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri. Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini. Masing-masing mula mencari kuasa dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri. Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.
ZAMAN KEMEROSOTAN UTHMANIYYAH
Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni, kerajaan pusat mula mengalami kelemahan. Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai peringkat sosial masyarakat ‘Uthmaniyyah. Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang tidak berpuas hati dengan apa yang dialami. Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan pada abad ke-17M seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu. Akan tetapi usaha pemulihan ini hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan kuasa pusat.
LAMAN WEB BERKAITAN KERAJAAN UTHMANIYYAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN
http://www.theottomans.org
http://www.naqshbandi.org/ottomans/
http://www.friesian.com/turkia.htm
http://www.metmuseum.org/toah/splash.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_Empire
http://almashriq.hiof.no/turkey/900/950/956/sultans/thumbnails.html
http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam/empires/ottoman/
http://www.geocities.com/traditionalislam/kemorosotanKerajaanUthmaniyyah.htm
1 Comment
sangat mmbantu dlm pembelajaran sy...thanx....:D
Posted on August 7, 2011 at 6:24 PM
Post a Comment