KHALIFAH ALI B. ABI TALIB DAN ISU PERANG JAMAL

Posted by zulkarnain Sunday, December 6, 2009

LATAR BELAKANG PERANG JAMAL

Perang ini juga dikenali sebagai Perang Basrah. Ia berlaku setelah 25 tahun kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w.).Tarikh: 10 Jamadil Akhir 36H sama dengan 4 Disember 656M.Perang antara pihak Ali (r.a.) dengan ‘A’ishah (r.a.).Melibatkan sebahagian besar Sahabat Kanan (r.a.) seperti al-Zubayr.Puak Saba’iyyun menjadi dalang.Antara punca perang meletus:- Isu pembunuhan Khalifah ‘Uthman.- Masalah membay‘ah Ali.- Polisi Ali yang agak tegas.
Asalnya berlaku perang Jamal ini ketika mana pasukan Ali sedang bersiap sedia untuk memerangi puak Mu’awiyah di Sham. Tetapi ‘A’ishah dan pasukannya sudah berada di Makkah dan mula menuju ke Basrah untuk menuntut bela atas kematian ‘Uthman. Ini memandangkan Ali sendiri tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap pembunuh ‘Uthman. Malah puak pemberontak (pembunuh) sudah masuk dalam pasukan Ali dan Ali dituduh sebagai tali-barut yang merancang pembunuhan ‘Uthman. Persiapan perang perlu dibuat kerana jumlah pemberontak di luar Madinah tidak kecil. ‘A’ishah sendiri terlibat untuk memberi penerangan berkenaan keperluan menuntut kematian ‘Uthman. Ramai penduduk Makkah sokong tindakan Aishah.

Keluarga Umayyah menyediakan segala kelengkapan. Sebanyak 600 ekor unta digunakan dalam ekspedisi ini dan ini yang dikenali sebagai tentera Jamal. Pada awal Jamadil Akhir 36H: 3,000 orang menuju ke Basrah dari Makkah. Tentera Ali yang besar bergerak untuk menghalang tentera Jamal. Tentera Jamal tiba awal di Basrah dan terus berkempen. Tentera Ali terus ke Kufah; beliau hantar ‘Uthman b. Hunayf untuk berunding. Utusan tersebut disebat dan janggutnya dicukur. Pada Jamadil Akhir 36H: Perang meletus (Khamis) antara tentera Ali dan ‘A’ishah di al-Khuraybah.

Peperang berlanjutan selama 6 hari tanpa tanda akan berhenti. Ali masih mengharapkan perang ini tamat dan beliau menghantar Abu Musa al-Ash‘ari & ‘Abd Allah b. al-‘Abbas untuk berunding. Tetapi tentera Jamal tidak berminat. Perang tamat pada hari ketujuh bila kaki unta ‘A’ishah kena panah. ‘A’ishah diselamatkan oleh Muhammad b. Abi Bakr (saudaranya/orang kuat Ali). Tentera Jamal telah jatuh semangat dan meletakkan senjata. Akhirnya tentera Khalifah Ali menang. Tapi beliau sedih kerana ramai tokoh Sahabat terkorban. Beliau ambil masa 3 hari untuk kebumikan semua yang terkorban. Harta yang dikumpul tidak boleh dibahagikan kerana ia bukan ghanimah. Ramai yang bersedih kerana orang tersayang telah terkorban. ‘A’ishah sendiri berwasiat agar jenazahnya tidak dikebumikan di sebelah Baginda Nabi (s.a.w.). Kita doakan agar semua yang terkorban dimasukkan di kalangan ahli syurga, Amin.


ANALISA PARA SEJARAWAN YANG TIDAK TEPAT TENTANG PERANG JAMAL

Dendam lama ‘A’ishah terhadap Ali merujuk kepada peristiwa Ifk.Rasa tidak puas hati rakyat terhadap pelantikan Ali sebagai Khalifah.Hubungan Fatimah-‘A’ishah tidak baik.Dendam ‘A’ishah terhadap Ali kerana tidak memberi bay’ah kepada Abu Bakar di SBS.‘Aishah mahu anak saudaranya, ‘Abd Allah b. al-Zubayr menjadi Khalifah.

1 Comment

  1. budakkurus Said,

    maaf saudara. artikel saudara ini sumber dari mana ya? artikel saudara ini dilihat seperti dari sumber karangan pro-Ali/syi'ah. Ali r.a. dan Aishah r.a,kedua-dua belah pihak tidak berniat untuk berperang. Aishah r.a. dan sahabat-sahabat lain berangkat ke Basrah untuk perdamaian, bukan untuk membatalkan kekhalifahan Ali r.a. apatah lagi mahu memerangi Ali r.a. Ali r.a. juga berangkat ke Basrah untuk membuat rundingan demi kemaslahatan umat Islam setelah berlaku pembunuhan khalifah Uthman r.a. yang menyebabkan berlakunya kekacauan dalam umat Islam ketika itu. Peperangan berlaku tanpa diduga oleh kedua-dua belah pihak.

    Posted on June 13, 2013 at 8:48 PM

     

Post a Comment

.:: AHLAN WASAHLAN ::.

My photo
Terima kasih kerana melawat ke laman ini. Diharap ilmu ini dapat dikongsi bersama. Segala komen anda dialu-alukan.Jazakallahu khairan kathira. Untuk mendapatkan paparan yang lebih menarik, anda disaran menggunakan MOZILLA FIREFOX

.:: TAZKIRAH ::.

.:: MASA AMAT BEHARGA ::.

.:: ASMA' AL-HUSNA ::.

.:: AL-QURAN DIGITAL ::.

.:: RADIO ONLINE ::.

KOMENTAR