I made this widget at MyFlashFetish.com.

KHALIFAH UTHMAN B. AFFAN

Posted by zulkarnain Sunday, December 6, 2009



KHALIFAH UTHMAN B. AFFAN DAN FITNAH AL-QUBRA


Latar Belakang :

- Nama: ‘Uthman b. ‘Affan.
- Gelaran: Abu ‘Amr, Abu ‘Abd Allah Abu Layla.
- Suku: Quraysh Makkah.
- Puak: Umayyah b. ‘Abd Shams.
- Datuk: Abu al-‘As b. Umayyah, bangsawan Quraysh.
- Menerima Islam daripada Abu Bakr al-Siddiq (r.a.).
- Berhijrah dua kali ke Habashah dan juga ke Yathrib (Madinah).

Perlantikan Uthman

Sebelum kewafatan ‘Umar (r.a.), beliau tidak menetapkan penggantinya. Beliau menyerahkan isu perlantikan Khalifah kepada Majlis Shura (MS). MS terdiri daripada 6orang Sahabat Kanan yang dijamin masuk syurga, iaitu:


1. ‘Uthman b. ‘Affan (r.a.)
2. ‘Ali b. Abi Talib (r.a.)
3. Talhah b. ‘Ubayd Allah (r.a.) ~ TU
4. al-Zubayr b. al-‘Awwam (r.a.) ~ ZA
5. ‘Abd al-Rahman b. ‘Awf (r.a.) ~ ARA
6. Sa’d b. Abi Waqqas (r.a.) ~ SAW
7. ‘Abd Allah b. Umar (r.a.)

Umar mencadang MS agar memilih seorang daripada mereka sebagai Khhalifah dan keputusan mesti mencapai dalam masa 3 hari selepas tarikh kewafatan beliau. Selepas kewafatan Umar r.a proses pemilihan Khalifah diketuai oleh Abd Rahman B. Auf. Maka pemilihan telah dibuat dan didapati Uthman dan Ali menerima undian majoriti. Uthman b. Affan lebih bersedia berbanding dengan Ali B. Abi Talib untuk menyambung polisi pemerintahan sebelum ini. Seterusnya Uthman B. Affan dilantik sebagai Khalifah yang ke-3 pada Zulhijjah (23H) dan perlantikan beliau turut menerima persetujuan Ali r.a.


FITNAH TERHADAP UTHMAN R.A


1. ‘Uthman mengabaikan hudud.

Isu ini tercetus setelah ‘Ubayd Allah membunuh tiga orang yang terlibat dengan pembunuhan ‘Umar; lelaki Nasrani, Jufaynah & Harmuzan. ‘Uthman jatuhkan qisas terhadap ‘Ubayd Allah tapi waris memaafkan si pembunuh tersebut. Malah turut dilaksanakan peruntukan membayar diyat. Sumber dari al-Tabari dan Ibn al-‘Arabi.

2. ‘Uthman tidak menyertai Perang Uhud, Badr dan Bay’at al-Ridwan.


Kata Ibn ‘Umar (riwayat al-Bukhari):
“Adapun ia telah lari pada hari perang Uhud, Allah telah maaf dan ampunkannya, adapun ia hilang pada hari perang Badr, kerana ia sedang menjaga puteri Nabi (isternya), iaitu Ruqayyah. Ketiadaan beliau dalam Bay’t al-Ridwan kerana beliau telah bertolak ke Makkah lebih awal”.


3. ‘Uthman bersikap cuai hingga cincin Nabi hilang.

- Cincin cop mohor Nabi yang diwarisi semenjak Abu Bakar dan ‘Umar.
- Cincin ini hilang ketika ‘Uthman turut serta dalam proses menggali perigi sebagai sember air Madinah.
- Cincing hilang dengan sahaja tidak menunjukkan beliau cuai.
- Jika cuai, Nabi tidak akan serah dua anaknya menjadi isteri ‘Uthman.





0 comments

Post a Comment

.:: AHLAN WASAHLAN ::.

My Photo
Terima kasih kerana melawat ke laman ini. Diharap ilmu ini dapat dikongsi bersama. Segala komen anda dialu-alukan.Jazakallahu khairan kathira. Untuk mendapatkan paparan yang lebih menarik, anda disaran menggunakan MOZILLA FIREFOX

.:: TAZKIRAH ::.

.:: MASA AMAT BEHARGA ::.

.:: ASMA' AL-HUSNA ::.

.:: AL-QURAN DIGITAL ::.

.:: RADIO ONLINE ::.